MAKASSAR 16 Jun – Seorang wanita Indonesia ditemukan dalam perut seekor ular sawa yang ditangkap berhampiran lokasi mangsa hilang ketika bercucuk tanam di kebunnya, kata polis hari ini. Mayat Wa Tiba yang berusia 54 tahun itu ditemukan semalam semasa penduduk kampung membelah perut ular sawa berukuran tujuh meter itu, yang ditemui di Kampung Persiapan Lawela di Pulau Muna, luar pesisiran Sulawesi. “Penduduk kampung mengesyaki ular tersebut menelan mangsa, lalu mereka…










