KUALA LUMPUR 19 Jun – Mayat kanak-kanak perempuan yang maut akibat ditikam 30 kali di Taman Kepong semalam di bawa ke Jinjang Funeral Parlor di Jinjang Selatan, petang ini untuk disemadikan.
Mayat kanak-kanak berusia tiga tahun itu ditemukan di dalam stor sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4.
Ahli keluarga mangsa tiba seawal 12.30 tengah hari di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat mangsa yang sedang menjalani proses bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa menaiki kenderaan mayat pada pukul 4 petang untuk dihantar ke Jinjang Funeral Parlor.
Sementara itu, suspek berusia 21 tahun yang juga bapa saudara mangsa turut dilihat dibawa masuk anggota polis ke IPFN untuk menjalani ujian air kencing. – UTUSAN ONLINE










