DUNGUN – Beberapa pengutip sampah tergamam dengan penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat di pusat pembuangan sampah Bukit Lat, Kampung Serdang di sini hari ini. Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai di dalam beg plastik hitam di pusat pembuangan sampah terbabit pada pukul 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mayat bayi lelaki berkenaan ditemui sewaktu salah pengutip sampah di lokasi berkenaan bertindak…









