Mayat anak kapal JBB Rong Chang 8 ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat anak kapal JBB Rong Chang 8 ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 8 Jun – Selepas lebih dua bulan, mayat seorang kru kapal korek JBB Rong Chang 8 ditemukan selepas kapal itu terbalik pada 21 Mac lalu.

Mayat itu dipercayai ditemukan dalam dek kapal berkenaan setelah kerja-kerja menterbalikkan semula kapal tersebut berjaya dilakukan semalam.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya membawa naik mayat itu di Jeti Nelayan Parit Jawa di Pantai Leka, di sini kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan mayat yang masih berbaju ketika ditemukan dipenuhi lumpur itu dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian berkenaan, kapal pengorek pasir yang membawa 18 kru kapal dilaporkan terbalik di kedudukan 15.3 kilometer dari Tanjung Tohor di Perairan Parit Jawa.

Lima daripada mereka ditemukan selamat, manakala bakinya meninggal dunia termasuk masih ada yang belum diketahui nasib hingga ke hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini