Maut kereta terbabas rempuh paip besi - Utusan Malaysia

Maut kereta terbabas rempuh paip besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR 17 Jun – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebatang paip besi di Kilometer 14, Jalan Baru Papar – Kota Kinabalu di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 pagi itu, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an itu dikatakan memandu dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, kereta yang dipandu mangsa terbabas sendiri dan melanggar paip besi di tepi kanan jalan.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN