MASJID TANAH 9 Jun – Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pergerakan Puteri UMNO untuk kali terakhir di ibu negara esok sebelum melepaskan jawatan beliau yang dipegangnya sejak 2013. Menurut beliau, dalam mesyuarat itu juga beliau akan memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Puteri, Naib Ketua dan Exco pergerakan sayap parti itu. “Saya juga akan menyampaikan amanat terakhir saya kepada semua jawatankuasa tertinggi Puteri UMNO…