Maritim Malaysia tahan bot nelayan langgar syarat lesen - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan bot nelayan langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 3 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 1.2 kilometer dari utara Tanjung Chincin, dekat sini semalam kerana melanggar syarat lesen.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said berkata, pihaknya menahan bot kelas A tersebut kira-kira pukul 9.48 pagi kerana didapati memukat bilis kurang 1.8 kilometer seperti ditetapkan dalam syarat lesen.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong bersama seorang awak-awak warganegara Malaysia, dua awak-awak warganegara Thailand serta 27 orang awak-awak warganegara Kemboja berada di atas bot tersebut.

“Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 68 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dengan bot tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

“Kami komited dalam usaha membanteras aktiviti nelayan yang melanggar undang-undang dan turut mengharapkan kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat berkaitan.

“Ketika ini kami giat melaksanakan Ops Pagar Laut sempena musim perayaan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan sebarang aduan boleh dibuta dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN