Manfaatkan cuti dengan membaca - Utusan Malaysia

Manfaatkan cuti dengan membaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA umat Islam di Malaysia merayakan Aidilfitri, tidak salah untuk kita memandang sejenak dengan perkembangan politik tanah air mutakhir ini.

Baru-baru ini saya ada terbaca buku tulisan terbaharu Mejar Qayyum berkenaan senario politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pendapat saya, selain aktiviti menziarahi kaum keluarga, tidak salah untuk kita memanfaatkan hari raya ini dengan menambahkan lagi ilmu pengetahuan sebagai kesinambungan aktiviti keilmuan semasa bulan Ramadan yang baru berlalu.

Saya kini sedang membaca tiga buku bertajuk Sumpahan Teori Rahman; Anwar Ibrahim, Dari Penjara Ke Istana; dan Tun Mahathir, Menongkah Arus Menerjah Limitasi. Walaupun buku politik tanah air, tetapi gaya penulisannya yang santai sesuai dengan budaya masyarakat moden Malaysia.

Saya berpendapat sudah tibanya masanya kita melangkah ke arah Malaysia yang semakin moden. Aktiviti membaca buku adalah perkara yang wajib kepada rakyat negara ini, sebagaimana ia menjadi rutin dan budaya masyarakat Barat dan juga di Jepun.

Ini boleh dilihat apabila pelancong-pelancong Barat bercuti di Malaysia, mereka kerap memegang buku ketika berehat di lobi hotel atau tepi pantai. Mereka tetap memperuntukkan masa untuk membaca walaupun ketika mengembara di tempat orang.

PENA PEKA

Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN