LEGENDA bola sepak Kelantan, Mohd. Hashim Mustapa mengakui The Red Warriors (TRW) bakal mendapat malu besar sekiranya pasukan itu ‘turun pangkat’ ke saingan Liga Premier musim depan. Mohd. Hashim berkata, bukan itu sahaja, kegagalan mengekalkan posisi terbaik dalam Liga Super juga boleh menjejaskan peluang skuad Pantai Timur tersebut untuk beraksi dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Menurutnya, dia amat berharap TRW tidak tergelincir ke Liga Premier musim depan kerana pasukan…










