Malaysia kekal ranking 171 dunia - Utusan Malaysia

Malaysia kekal ranking 171 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Malaysia masih gagal keluar daripada kedudukan terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila kekal di tangga ke-171 dunia.

Pada ketika negara seperti Myanmar, Kemboja dan Singapura mencatat kenaikan, kedudukan skuad Harimau Malaya bagaimanapun tidak berubah ketika ranking terbaharu FIFA diumumkan hari ini.

Itu bermakna, Malaysia menghuni tangga lapan dalam kalangan negara Asia Tenggara untuk berada di belakang Vietnam (102), Filipina (115), Thailand (122), Myanmar (138), Indonesia (164), Kemboja (166) dan Singapura (169).

Memuatkan artikel berkaitan…

Hanya tiga negara Asia Tenggara berada di bawah Malaysia iaitu Laos (178), Timor-Leste (190) dan Brunei di tempat ke-195.

Sementara itu, seminggu menjelang Piala Dunia yang akan membuka tirai di Rusia pada 14 Jun ini, Jerman, Brazil, Belgium, Portugal dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan lima terbaik dunia. – UTUSAN ONLINE

RANKING FIFA

1. Jerman (1)

2. Brazil (2)

3. Belgium (3)

4. Portugal (4)

5. Argentina (5)

6. Switzerland (6)

7. Perancis (7)

8. Poland (10)

9. Chile (9)

10. Sepanyol (8)

==================

ASIA TENGGARA

102. Vietnam (102)

115. Filipina (111)

122. Thailand (122)

138. Myanmar (135)

164. Indonesia (164)

166. Kemboja (170)

169. Singapura (166)

171. MALAYSIA (171)

178. Laos (177)

190. Timor-Leste (190)

195. Brunei (195)

*Ranking lama dalam kurungan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini