Malaysia - Jepun akan hidupkan semula Dasar Pandang Ke Timur - Utusan Malaysia

Malaysia – Jepun akan hidupkan semula Dasar Pandang Ke Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Jepun akan mencergaskan semula dan menambah baik Dasar Pandang Ke Timur, bagi memperkukuh kerjasama dan meningkatkan daya saing perniagaan untuk kedua-dua negara.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebut pendidikan, latihan dan pelaburan sebagai antara bidang yang boleh dimanfaatkan bersama oleh Malaysia dan Jepun menerusi kerjasama rapat kedua-dua negara itu.

“Kami gembira kerana Jepun menyambut baik sekali lagi Dasar Pandang Ke Timur, dan kita harap dapat meraih manfaat daripada kerjasama rapat antara Jepun dan Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada dasar itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, di Tokyo hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir juga berharap universiti-universiti Jepun akan menubuhkan cawangan mereka di Malaysia.

Abe berkata, Jepun akan terus menyokong pertumbuhan Malaysia, terutama dalam meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu.
“Menerusi era baharu Dasar Pandang Ke Timur, kita akan membangunkan hubungan, dengan kedua-dua negara kita akan meraih manfaat untuk

Malaysia terus makmur, selain mengukuhkan daya saing kebanyakan perniagaan Jepun yang aktif di Malaysia,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini