Majoriti Melayu tetap bersama UMNO, Pas - Utusan Malaysia

Majoriti Melayu tetap bersama UMNO, Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyokong pandangan pembaca bernama Saleh dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 26 Jun lalu bahawa UMNO masih kuat dan jika dapat bekerjasama dengan Pas mungkin mampu mengembalikan pemerintahan orang Melayu di peringkat negeri dan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada 7.8 juta pengundi Melayu dan bumiputera, UMNO dan Pas dikatakan menerima hampir 81 peratus undi iaitu sokongan lebih dua pertiga kaum majoriti di negara ini.

UMNO sendiri menerima hampir 53 peratus undi orang Melayu dan bumiputera iaitu lebih daripada separuh pengundi Melayu sehingga membolehkan parti itu mengekalkan bilangan kerusi tertinggi dalam Dewan Rakyat.

Ini menunjukkan orang Melayu tidak meninggalkan UMNO dan begitu ramai memilih parti itu untuk terus mempertahan bangsa dan agama tidak kira sebagai kerajaan mahupun pembangkang.

Oleh itu, ahli dan pemimpin dalam UMNO perlu bangkit daripada terus dibuai mimpi ngeri dan bergerak ke hadapan untuk kembali mendapat mandat rakyat kelak.

Harus di ingat sistem demokrasi Malaysia menetapkan bilangan kerusi terbanyak yang memerintah bukan sokongan tertinggi dan kerana itu UMNO, MCA, MIC, malah Pas juga perlu merancang sebaiknya susunan pengundi supaya boleh memenangi sebanyak mungkin kerusi seperti mana dilakukan lawan mereka sebelum ini.

UMNO dan Pas juga perlu tingkatkan usaha menarik orang Melayu khususnya anak muda mendaftar sebagai pengundi dan melaksanakan tanggungjawab mereka bila tiba masanya.

Lebih 3.6 juta individu layak mengundi masih belum mendaftar, majoritinya orang Melayu dan bumiputera. Jika satu juta daripada jumlah itu dapat ditarik mendaftar dan mengundi, ditambah menarik kembali lima ke 10 peratus orang Melayu yang mengundi parti lawan sudah cukup untuk menjamin kemenangan.

Masa untuk mulakan gerak kerja, ingatlah lebih mudah untuk menang daripada mengekalkan kemenangan.

ANAK JATI

Langkawi, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN