Mahdzir Khalid tawar diri tanding Naib Presiden UMNO  - Utusan Malaysia

Mahdzir Khalid tawar diri tanding Naib Presiden UMNO 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mahdzir berkata, keputusan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu dibuat berdasarkan tanggungjawab untuk berkongsi semangat, idea dan tenaga bagi memastikan UMNO terus diperkasakan dengan penuh kejujuran dan keinsafan dalam memperoleh kembali kepercayaan rakyat.

Katanya, pembaharuan semangat, jati diri anggota UMNO serta pendekatan parti dalam menghadapi cabaran mendatang memerlukan perancangan, usaha yang bersifat inklusif dan holistik untuk kelangsungan dan kebangkitan UMNO.

“Amalan dan corak berpolitik, berorganisasi, bekerja, bermasyarakat yang sudah menjadi kebiasaan namun telah menjadi kurang relevan sewajarnya diperbaharui secara total bagi memacu teras utama agenda perjuangan kita demi agama, bangsa, rakyat dan negara tercinta. 

“Terjemahan sokongan saudara dan saudari perwakilan di semua peringkat kepimpinan UMNO untuk memberikan kepercayaan kepada saya amatlah dihargai. Ayuh kita bangkit bersama-sama memperbaharui  agenda perjuangan UMNO!,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN