KUALA LUMPUR – Seramai 62 penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) diraikan oleh jenama makanan terkemuka, Maggi dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik dan majlis berbuka puasa di asrama berkenaan di sini baru-baru ini.
Program yang bermanfaat itu dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk oleh cef daripada Maggi dan dibantu penjaga ASDAF sebagai persediaan untuk berbuka puasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Berhad, Alois Hofbauer berkata, pihaknya teruja untuk meluangkan masa berbuka puasa dengan penghuni asrama tersebut di samping mengadakan aktiviti-aktiviti interaktif yang mampu menggembirakan mereka.
“Dalam bulan penuh keberkatan yang memupuk nilai-nilai keprihatinan, kesabaran dan keinsafan ini, kami dengan sukacitanya meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama kanak-kanak dan penjaga ASDAF.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
Selain itu, Maggi turut memberikan kejutan kepada penghuni berkenaan dengan menghias asrama tersebut dengan hiasan berwarna-warni. – K! ONLINE











