KITA masih dalam suasana Hari Raya Aidilfitri. Sambutan hari ini seperti tahun-tahun yang lalu, sederhana tetapi meriah. Penulis berkesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama ibu dan keluarga di kampung halaman. Sambutan Hari Raya memang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ketika ini, umat Islam yang bersaudara bergembira dan paling utama bersyukur atas kemenangan selepas sebulan berpuasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana pada masa ini,…










