Lorenzo tawan GP Sepanyol - Utusan Malaysia

Lorenzo tawan GP Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA, Sepanyol – Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo mengekalkan tunggangan cemerlang apabila meraih dua kemenangan berturut-turut dalam kariernya setelah merangkul gelaran Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Catalunya malam tadi.

Juara dunia tiga kali itu melakukan catatan 40 minit 13.56 saat untuk menamatkan saingan di hadapan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan pelumba Movistar Yamaha Valentino Rossi apabila masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Kali terakhir Lorenzo yang turut merangkul gelaran GP Itali awal bulan ini meraih kemenangan berganda ialah pada GP Le Mans dan Mugello pada 2016.

“Memenangi dua perlumbaan berturut-turut sememangnya menakjubkan! Kami sangat kompetitif dan konsisten sepanjang minggu, Saya tidak memulakan perlumbaan dengan baik, jadi saya terpaksa banyak bersabar sepanjang perlumbaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelumba Honda LCR, Cal Crutchlow mengakhiri perlumbaan di kedudukan keempat setelah menamatkan perlumbaan dengan jarak masa 9.805 saat di belakang Lorenzo di-
ikuti pelumba Honda, Dani Pedrosa serta pelumba Yamaha, Maverick Vinales.

Rakan sepasukan Lorenzo, Danilo Petrucci serta Alvaro Bautista ma-sing-masing mengakhiri saingan di kedudukan kelapan dan kesembilan, manakala pelumba Suzuki, Andrea Iannone di tempat ke-10.

Malang buat pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang gagal menamatkan perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan ke-20 sekali gus terlepas mata pada perlumbaan kali ini.

Setelah tujuh perlumbaan, Marquez masih mendahului carta kedudukan pelumba dengan 115 mata diikuti Rossi (88 mata) dan Vinales (77 mata).

Lorenzo yang berada di kedudukan ketujuh terbaik dengan 66 mata masih memiliki peluang untuk terus memanjat tangga kedudukan pada baki 12 perlumbaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN