Lima mati ditembak dalam kejadian di Narathiwat dan Pattani - Utusan Malaysia

Lima mati ditembak dalam kejadian di Narathiwat dan Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT – Insiden keganasan terus berlaku di wilayah bergolak Selatan Thailand dengan lima orang ditembak  mati dalam dua kejadian berasingan di wilayah Narathiwat dan Pattani malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi (waktu tempatan) di daerah Sukhirin, Narathiwat, pihak polis menemui mayat empat lelaki dipercayai pencari emas kebun getah di tebing Sungai Saiburi di daerah terbabit.

“Keempat-empat lelaki itu dipercayai pencari emas di sungai itu. Apabila tidak pulang berbuka puasa, keluarga mereka membuat laporan polis,” kata Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Manas Sikamat di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak polis menemui 14 butir kelongsong peluru 5.56milimeter di sini mayat mangsa dan akan meneruskan siasatan untuk mengetahui motif kejadian serta mereka yang bertanggungjawab.

Menurut Manas, mangsa adalah seorang bapa Mat Yusof Bado, 49, dan dua anak lelakinya, Hilmi Bado, 23, dan Muhamad Hadil Bado, 16, serta kenalan mereka, Marasapi Po yang berusia 32 tahun. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini