PENAMPANG – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penghasilan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk sejak 15 tahun lalu ditahan dalam serbuan di Kampung Kibunut di sini pada Jumaat lalu. Dalam serbuan pada pukul 1.37 pagi itu, suspek yang merupakan rakyat tempatan dan berusia 46 tahun ditahan di kediamannya bersama bakakuk. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, suspek membuat bakakuk untuk memenuhi permintaan di kawasan sekitar. “Suspek yang bekerja sebagai petani itu mengaku mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bakakuk memandangkan semua senjata yang dirampas dihasilkannya sendiri. “Lelaki terbabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya