BACHOK – Seorang lelaki warga Myammar dan kanak-kanak berumur tiga tahun maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Pantai Irama, di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 7.23 petang, mangsa dikenali sebagai Norjim Nurul Amin, 24 dan Ibrahim Budi Alam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan saudara berkelah…









