ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) — Hasrat seorang lelaki untuk pulang beraya di kampung tidak kesampaian apabila maut setelah motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 85 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Petani hari ini. Dalam kejadian 11 pagi itu, Muhammad Faiz Mohd Jamlus, 22, dari Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt…










