Lapan pengguna jalan raya ditahan positif dadah - Utusan Malaysia

Lapan pengguna jalan raya ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN – Seramai lapan pengguna jalan raya dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri di kawasan Rehat dan Rawat, Gurun arah Selatan di sini malam tadi.

Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, seramai 37 pengguna jalan raya menjalani ujian air kencing yang dijalankan AADK pada operasi tersebut bermula dari pukul 9 malam hingga tengah malam.

“Lapan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal itu ditahan pada operasi tersebut berusia antara 18 hingga 40 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi tersebut melibatkan anggota penguatkuasaan AADK Yan, AADK Pendang, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan PLUS Malaysia Bhd.

Mohamad memberitahu, antara yang ditahan adalah seorang bapa berusia 30an yang menungang motosikal bersama anak dan isteri dari Perlis.

Menurutnya, lelaki berkenaan dalam perjalanan ke bandar Sungai Petani dekat sini untuk membeli pakaian raya.

“Hasil pemeriksaan, lelaki terbabit juga tidak mempuyai lesen memandu,” katanya.

Beliau memberitahu, mereka yang ditahan di bawa ke pejabat AADK Daerah Yan untuk tindakan lanjut. 

“Kesemua yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine,  

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini