KUALA LUMPUR 7 Jun – Selebriti antarabangsa popular, Kylie Jenner memberikan kejutan istimewa buat seorang peminat fanatiknya, Johnny Cyrus sempena sambutan ulang tahun kelahiran lelaki tersebut.
Jenner, 21, membuktikan bahawa dia sangat menghargai peminat setianya dengan menghadiahkan Cyrus sebuah beg berjenama mewah, Louis Vuitton (LV) berharga hampir RM8,000.
Gembira dengan hadiah yang diterima, Cyrus telah memuat naik gambarnya bersama beg itu dalam Instagram miliknya.
“Terima kasih Kylie Jenner untuk hadiah hari lahir yang menakjubkan ini. Ia sangat bermakna buat saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Cyrus menerima hadiah berkenaan ketika hadir pada majlis perasmian kedai barangan kosmetik milik bintang tersebut iaitu Kylie Cosmetics di San Franscisco baru-baru ini.
Lelaki yang menetap di Milwaukee, Wisconsin, sanggup datang ke San Franscisco semata-mata untuk menyaksikan pembukaan kedai tersebut.
Tidak hanya datang dari jauh, Cyrus turut membuktikan bahawa dia adalah peminat fanatik apabila mencacah tatu bercorak gincu jenama Jenner di lengannya. – UTUSAN ONLINE.










