KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memansuhkan had minima RM50 bagi bayaran caruman sukarela oleh ahli berkuat kuasa pada 1 Julai nanti. Ini akan membolehkan mereka memberi sumbangan dalam mana-mana amaun pada bila-bila masa, kata tabungan pencen terbesar negara dalam satu kenyataan. “Sedikit simpanan yang diketepikan pada hari ini bakal memastikan kesejahteraan persaraan ahli kami di masa depan. “Oleh sebab itu, kami mahu memastikan ahli-ahli kami dapat menyumbang dalam mana-mana amaun, pada bila-bila masa dalam lingkungan kemampuan kewangan mereka melalui kelonggaran yang diperkenalkan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Mohd. Naim Daruwish. Amaun maksimum terkumpul yang boleh disumbangkan ke dalam setiap akaun bagaimanapun masih dihadkan kira-kira RM60,000 setahun. Ahli KWSP boleh menyumbang secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya