IPOH16 Jun – Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran akan bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk mempercepatkan proses pencarian anak perempuan bongsu M. Indira Gandhi yang gagal diserahkan oleh bekas suaminya. Kulasegaran, bekas peguam wanita itu, berkata telah memerintahkan Muhammad Riduan Abdullah menyerahkan Prasana Diksa kepada bekas isterinya itu selain mahkamah memerintahkan lelaki, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, ditangkap kerana mengingkari perintah Mahkamah…










