KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengumumkan beliau akan bertanding berebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang bakal berlangsung 30 Jun ini.
Pengumuman Tengku Razaleigh itu secara tidak langsung menyaksikan jawatan Presiden UMNO sebelum tarikh tutup pencalonan hari ini mempunyai dua tokoh bakal berentap merebut jawatan tertinggi dalam UMNO.
Tengku Razaleigh, 81, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang memberitahu, keputusan tersebut dibuat setelah meneliti kedudukan UMNO serta memperhalusi implikasi akan keputusan tersebut terutamanya berkaitan soal kepimpinan UMNO.
“Saya membuat keputusan ini demi kepentingan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik nasional yang mendukung hasrat kebangsaan dan menjunjung perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
“Sebagai sebuah parti politik kaya dengan pengalaman, saya yakin akan dapat memimpin UMNO untuk meneruskan tradisi tersebut,” kata beliau yang lebih popular dipanggil sebagai Ku Li pada sidang akhbar di kediamannya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










