SANAA 17 Jun – Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di negara ini untuk mengadakan rundingan berhubung krisis bandar pelabuhan Hudaida. Martin Griffiths tiba ketika pertempuran sengit terus berlaku antara tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan kumpulan militan Houthi yang bakal memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Yemen. Beliau akan mengemukakan cadangan agar pemimpin kumpulan militan menangguhkan pertempuran dan melepaskan kawalan terhadap pelabuhan tersebut…









