PUTRAJAYA 10 Jun – Kementerian Pendidikan akan membuat satu keputusan berhubung isu penyelewengan pemberian kontrak pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak esok. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu sejak minggu lalu dan pihak-pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan mengenainya. “Satu keputusan tegas telah saya ambil pada hari Jumaat lalu, keputusan ini akan saya umumkan secara rasmi pada esok (Isnin, 11 Jun),” katanya…










