KPDNKK beri tempoh sebulan untuk peniaga papar harga barang sifar GST - Utusan Malaysia

KPDNKK beri tempoh sebulan untuk peniaga papar harga barang sifar GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu memberi tempoh selama sebulan kepada para peniaga di negeri ini supaya memaparkan tanda harga pada kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).  

Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, arahan yang dikeluarkan itu harus dipatuhi oleh semua peniaga terutamanya yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kita beri tempoh selama sebulan kepada mereka untuk menukar harga barangan yang dikenakan enam peratus GST kepada sifar GST di rak-rak premis kerana kita dapati hari ini masih ada lagi tanda harga yang belum ditukar.

“Pembeli pula jangan khuatir kerana peniaga-peniaga telah memberi jaminan transaksi sifar GST dipatuhi di kaunter dengan pemberian resit pembelian kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemantauan pelaksanaan sifar GST bersama JKDM negeri di Mydin Mall hari ini.    

Turut hadir, Pengarah JKDM Terengganu, Datuk Radzi Muhamad.

Menurut Shaharuddin, KPDNKK melakukan persediaan awal dengan menjalankan pemeriksaan di 380 premis di seluruh daerah menggunakan kekuatan seramai 93 pegawai penguatkuasa dan dibantu oleh 63 pegawai pemantau harga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN