PRISTINA, Kosovo – Kosovo dan Albania mengutip wang bagi membayar denda Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap pemain Switzerland, Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri dan Stephan Lichtsteiner kerana meraikan jaringan gol dengan membuat simbol helang berkembar dalam perlawanan Piala Dunia menentang Serbia. Xhaka dan Shaqiri berasal dari Kosovo, bekas wilayah Serbia yang didiami majoriti etnik Albania. Beribu-ribu etnik itu dibunuh semasa konflik antara tentera Serb dan gerila Albania pada 1998-1999. Simbol…










