PYONGYANG, Korea Utara – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberitahu Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov bahawa beliau komited berhubung perlucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea, lapor agensi berita rasmi, KCNA semalam. “Jong-un berkata bahawa tekad Korea Utara kepada perlucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea masih tidak berubah, konsisten dan teguh,” lapor KCNA selepas kedua-dua pemimpin itu bertemu di Pyongyang kelmarin. Pada pertemuan tersebut, Jong-un menyatakan harapan agar isu hubungan Korea Utara-Amerika Syarikat (AS) dan perlucutan senjata nuklear ‘akan selesai secara berperingkat dan ‘beliau berharap supaya penyelesaian isu tersebut akan mencapai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya