SEOUL 20 Jun – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden China, Xi Jinping mencapai persefahaman terhadap pelbagai isu termasuk pelucutan nuklear di Semenanjung Korea.
Agensi berita Korean Central (KCNA) melaporkan, Jong-un juga berjanji kepada Jinping semasa kunjungan ke Beijing untuk bekerjasama dengan negara itu bagi memastikan `keamanan sebenar’ dalam usaha `membuka masa hadapan baharu’ di semenanjung berkenaan.
Jong-un dalam lawatan dua hari ke China yang berakhir hari ini susulan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada minggu lalu. – Reuters










