SAINT PETERSBURG – Penyerang Korea Selatan, Lee Seung-woo enggan berputus asa untuk membawa pasukannya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik menjelang aksi menentang Mexico pada perlawanan kedua Kumpulan F malam esok. Pada aksi pembukaan, skuad kendalian Shin Tae-yong tewas kepada Sweden 0-1, manakala Mexico membuat kejutan menundukkan Jerman 1-0 hasil sentuhan Hirving Lozano. Kini, Korea Selatan perlu berdepan Mexico dan sekiranya tewas kemungkinan untuk mereka tersingkir adalah sangat besar, sekali…










