DEMOKRASI zaman moden yang dilalui Malaysia ketika ini memperlihatkan perubahan besar apabila tampuk pemerintah bertukar tangan hampir 360 darjah di seluruh negara. Suara pengundi seramai lebih 14 juta orang, mewakili kira-kira 50 peratus penduduk Malaysia, telah membuktikan bahawa suara rakyat adalah lebih berkuasa daripada kekuasaan sebuah parti. Tempias kepada tsunami yang dijelmakan rakyat pelbagai kaum itu turut menggoncang politik Sabah yang akhirnya menyaksikan sebuah parti yang baru berusia dua tahun…










