KISAH kejayaan seorang anak muda dari Malaysia menamatkan pengajian di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) baru-baru ini begitu membanggakan negara.
Pada usia 24 tahun, Mohd. Amirul Afiq Ameruddin telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia ketiga yang berjaya bergelar graduan dari akademi ketenteraan tersebut.
Menerusi perkongsian cerita kisah hidupnya yang ditulis dalam laman Twitter, pemuda tersebut tidak malu-malu berkongsi kisah di sebalik kejayaan yang dikecapi pada hari ini.
Antara yang dikongsikan adalah tentang kisah keluarganya lebih-lebih lagi selepas penceraian ibu bapanya dan kepayahan ibunya untuk menanggung anak-anak dengan melakukan pelbagai pekerjaan.
Kejayaan anak muda berasal dari Negeri Sembilan itu melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan seterusnya ke USAFA membuktikan kesungguhan dirinya untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.
Kejayaan yang diraih olehnya turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut sama-sama berbangga apabila Mohd. Amirul membawa nama Malaysia ke pentas dunia.










