Khairy Naib Presiden, Azwan Ketua Pemuda - Utusan Malaysia

Khairy Naib Presiden, Azwan Ketua Pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin me­nge­sahkan akan ber­tan­ding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan jawatan parti itu.

KHAIRY JAMALUDDIN

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah mendaftar secara dalam talian hari ini bagi menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

“Hari ini selepas solat Jumaat saya telah mendaftar secara dalam talian bagi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2018-2021,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengesahan Khairy itu sekali gus menafikan desas-desus bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan Pre­siden atau Timbalan Presiden UMNO.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menawarkan diri untuk bertan­ding jawatan yang dikosongkan oleh Khairy pada pemilihan parti akan datang.

“Dalam usaha untuk menjayakan agenda revolusi parti, saya menawarkan diri sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu.

KHAIRUL AZWAN
KHAIRUL AZWAN

“Saya yakin pe­luang yang ada serta pengalaman sebagai seorang senator dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda juga sokongan daripada akar umbi akan membolehkan parti ini berjaya membawa agenda pembaharuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Exco Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan pula akan bertanding jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda selepas mendapat sokongan penuh daripada Pergerakan Pemuda Bahagian Kuala Langat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd. Jaafar berkata, ketetapan itu dibuat atas kepercayaan bahawa Shahril mampu membantu memperkasakan sayap Pemuda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN