JAKARTA 22 Jun – Ketua kumpulan militan, Aman Abdurrahman dihukum mati hari ini selepas didapati bersalah merancang serangan bunuh diri di kafe Starbucks di sini pada 2016. Tertuduh, 46, yang mempunyai hubungan dengan pengganas Daesh dikawal ketat pihak polis ketika keputusan perbicaraan dibaca di mahkamah di sini. Mahkamah sebelum ini mendapati Aman bersalah atas tuduhan merancang serangan berkenaan yang mengakibatkan empat orang terbunuh. Hakim Akhmad Jaini memberitahu, keputusan itu dibuat…










