Ketua dinamik, wawasan tarik kembali sokongan - Utusan Malaysia

Ketua dinamik, wawasan tarik kembali sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Ketua yang bersifat dinamik dan berwawasan serta mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) diperlukan untuk mengetuai UMNO.

Nazir Hussin Aktar Hussin
Nazir Hussin Aktar Hussin

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, kepemimpinan tersebut diperlukan dalam pemilihan UMNO kali ini kerana kegagalan parti menambat hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“UMNO 2018 – 2021 amat perlukan dan dahagakan kepemimpinan yang lebih dinamik dan berwawasan serta mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap kepemimpinan BN yang diketuai oleh UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka, saya berharap seluruh ahli UMNO yang menyayangi parti keramat ini untuk terus mempertahankan parti ini demi untuk merampas kembali tampuk pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini