Kesan SST pada Grab minimum - Utusan Malaysia

Kesan SST pada Grab minimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Penyedia perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab Malaysia tidak menjangkakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa pada 1 September depan memberi kesan ketara ke atas harganya.

Bagaimanapun, Ketua Negara, Sean Goh berkata, syarikat itu akan terus mengawasi keadaan bagi mengimbangi kesan cukai ke atas penumpang dan pemandu.

“Kami belum ada butiran tentang impak (SST) lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa sekarang, kami tidak rasa harga akan berubah. Apa yang kami cuba buat ialah menggantikan sebahagian besar kos dalam sistem, sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan Media Prima Digital Sdn. Bhd. bagi melancarkan Platform Media Dalam Kereta Grab.

Syarikat itu juga secara aktif akan mencari cara untuk membantu pemandu mendapatkan lebih banyak keuntungan, seperti melalui pendapatan sampingan, tanpa menaikkan harga perkhidmatannya.

“Kebanyakan pendapatan yang dihasilkan daripada Platform Media Dalam Kereta ini akan disalurkan kepada pemandu kami kerana kami percaya mereka akan lebih produktif jika kami meningkatkan kehidupan mereka. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini