Kesan keseluruhan kadar sifar GST dinilai - Utusan Malaysia

Kesan keseluruhan kadar sifar GST dinilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat penilaian keseluruhan terhadap kesan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap kos pengeluaran makanan dan harga bahan makanan.

Menteri berkenaan, Salahuddin Ayub berkata, walaupun sebelum ini GST tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas namun keputusan kerajaan itu amat baik dalam usaha menurunkan kos pengeluaran makanan di sepanjang rantaian nilai.

“Ini terutamanya kos berkaitan input, kejenteraan dan perkhidmatan logistik pertanian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu selepas kenyataannya pada Jumaat lepas berhubung penurunan harga bahan makanan antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan telah menerima kritikan pelbagai pihak.

Salahuddin menjelaskan kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepadanya di beberapa lokasi selain laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN