Kes tembak, bunuh diri di Sitiawan selesai - Utusan Malaysia

Kes tembak, bunuh diri di Sitiawan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANJUNG – Polis telah menyelesaikan kes seorang  lelaki warga emas menembak mati seorang rakannya sebelum  bertindak membunuh diri di Sitiawan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Polis Muhammad Hanif Othman berkata, kesemua saksi dan waris suspek serta mangsa telah tampil memberi keterangan kepada polis semalam.

“Waris dan saksi hadir ke Ibu Pejabat Daerah Manjung petang semalam untuk dirakamkan percakapan dan berdasarkan keterangan itu kes ini dianggap selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Hanif  berkata, mayat kedua-duanya  juga telah dituntut oleh waris masing-masing selepas urusan bedah siasat selesai semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan luka tembakan pada paha dan lengan kiri  manakala suspek meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini