KUCHING 20 Jun – Keterujaan peminat bola sepak menonton Piala Dunia 2018 sehingga sanggup bersengkang mata sampai pagi ketika ini, mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Dr Sim Kui Hian. Kui Hian atau lebih dikenali sebagai Dr Sim yang merupakan pakar kardiologi dalam status dimuat naik di laman sosial Facebook hari ini, mengambil kesempatan menasihatkan peminat sukan kegemaran ramai itu agar menjaga kesihatan. SIM KUI HIAN…










