Kes 1MDB: Bekas pegawai khas Najib dipanggil SPRM - Utusan Malaysia

Kes 1MDB: Bekas pegawai khas Najib dipanggil SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Seorang lagi bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Sumber, lelaki berusia 44 tahun dan bergelar Datuk itu diminta hadir ke SPRM pada semalam dan pukul 2 petang hari ini.

“Dia hanya diminta untuk hadir bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan dan tidak direman,” katanya.

Pagi tadi, SPRM telah mendapatkan perintah reman yang dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya terhadap bekas pegawai khas Najib untuk membantu siasatan.

Individu berusia 42 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 9.45 malam semalam dan merupakan individu pertama direman berhubung siasatan kes sama.

Difahamkan, lelaki itu sebelum ini pernah menjadi ahli lembaga pengarah kepada beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum ini.

habis..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN