Kerjasama ACO, Lazo Diamond - Utusan Malaysia

Kerjasama ACO, Lazo Diamond

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – ACO Gold Sdn. Bhd. (ACO Gold) bekerjasama dengan Lazo Diamond bagi melancarkan platform pembayaran MyGold, sebuah akaun simpanan emas yang akan memudahkan transaksi jual beli emas dan berlian di 45 cawangan Lazo Diamond seluruh Malaysia.

ACO Gold merupakan sebuah syarikat usaha sama tiga pihak antara MyAngkasa Holdings Sdn. Bhd., Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) dan Quantum Metal Sdn. Bhd.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) merangkap Presiden ACO, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, selain berfungsi sebagai platform pembayaran, pengguna MyGold juga akan menerima 10 peratus daripada jumlah pembelian di Lazo Diamond.

“Mereka juga boleh mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk satu gram (g), lima g, 10g, 20g dan 50g dari akaun simpanan emas mereka di mana-mana cawangan Lazo Diamond seluruh Malaysia.

“Angkasa berharap inisiatif ini akan meningkat dan memudahkan pelaburan serta perdaga­ngan menerusi penggunaan emas sebagai aset dalam kala­ngan koperasi ASEAN.

“Ini kerana prospek jangka panjang bagi emas adalah sa­ngat menguntungkan dan nilainya lebih terjamin serta sukar jatuh berbanding mata wang apabila berdepan dengan pelbagai situa­si,” katanya dalam satu kenya­taan akhbar di sini baru-baru ini.

Terdahulu, satu majlis pelancaran MyGold telah diadakan di Lazo Diamond Mid Valley di sini baru-baru ini.

Di bawah kerjasama itu, ACO Gold akan meneroka pasaran akaun simpanan emas melalui Angkasa yang menaungi enam juta ahli dan ACO seramai 60 juta ahli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN