KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah digesa mendedahkan ‘cerita sebenar’ kepada umum berhubung tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Muhammad Fuad Stephens serta 10 lagi yang menaiki pesawat GAF Nomad Air pada tahun 1976. Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong berkata, masyarakat ingin tahu kisah sebenar di sebalik kejadian yang berlaku pada 6 Jun 1976 di Sembulan itu. “Kebanyakan rakyat masih bercakap mengenai nahas pesawat…










