Kerajaan Pahang alu-alukan tawaran Vincent Tan - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang alu-alukan tawaran Vincent Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang mengalu-alukan kesediaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan untuk membina lapangan terbang di Pulau Tioman dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, bagaimanapun kerajaan negeri perlu mendengar cadangan penuh daripada tokoh perniagaan terkenal itu sebelum memberi kata putus.  

“Kerajaan negeri mengamalkan sikap mesra pelabur dan sentiasa mengalu-alukan jika ada pihak yang berminat namun kita perlu melihat dan memperincikan cadangan yang dibawa secara holistik dan menyeluruh. 

“Kita tahu pembinaan lapangan terbang melibatkan kos yang tinggi jadi sudah pasti kita mahu mendengar terlebih dahulu cadangan beliau dan apa sumbangan yang perlu daripada kerajaan negeri,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini. 

Mohd. Sharkar mengulas laporan media hari ini, bahawa pengasas konglomerat itu telah menyatakan kesediaan untuk membina lapangan terbang dengan perbelanjaan sendiri di pulau peranginan itu yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN