Kerajaan laksana polisi tidak terima hadiah  - Utusan Malaysia

Kerajaan laksana polisi tidak terima hadiah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) memutuskan semua Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan tidak boleh lagi menerima sebarang hadiah. 

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pihak yang didapati memberikan dan menerima hadiah boleh diambil tindakan tegas. 

“Jika ada yang hendak bagi hadiah kepada saya hanya boleh beri bunga, makanan dan buah-buahan, tidak lebih daripada itu, hendak bagi kereta tak bolehlah. 

“Untuk pegawai tinggi kerajaan juga tidak boleh terima sebarang hadiah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, JKKMAR memutuskan untuk mengadakan satu dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam.

“Anggota pentadbiran awam terbabit melibatkan menteri sehingga setiausaha-setiausaha politik. Pada masa sekarang, dasar ini hanya memfokus kepada penjawat awam,” katanya. 

Minggu lalu, Perdana Menteri bersetuju menubuhkan GIACC yang diterajui Abu Kassim bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan takbir urus, integriti dan antirasuah di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN