Kerajaan Afghanistan umum gencatan dengan Taliban - Utusan Malaysia

Kerajaan Afghanistan umum gencatan dengan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 7 Jun – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat buat pertama kalinya dengan kumpulan Taliban namun tidak dengan kumpulan militan lain.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan mesyuarat dengan golongan ulama yang mengeluarkan fatwa menentang pengeboman bunuh diri, minggu ini.

Kumpulan ulama itu turut mencadangkan agar gencatan senjata diadakan dengan Taliban dan dipersetujui Ashraf yang kemudian menetapkan tarikh 20 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa gencatan berkenaan.

Sebelum ini beliau pernah mendesak gencatan senjata dengan Taliban namun ini merupakan tawaran tanpa syarat sejak beliau dilantik pada 2014. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN