KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) mengutuk tindakan di luar batas dan tidak sesuai oleh dua pelancong asing yang menari di atas tembok pagar Masjid Kota Kinabalu tular di media sosial baru-baru ini. Pembantu Menteri, Assafal Alian berkata, perbuatan pelancong asing terbabit di kawasan rumah ibadat itu sebagai tidak menghormati umat Islam serta layanan baik yang Sabah berikan kepada mereka. Beliau menegaskan bahawa Sabah adalah sebuah negeri berbilang kaum dan agama serta menjaga keharmonian agama adalah antara perkara asas yang Sabah pertahankan. “Kementerian tidak akan memandang ringan isu ini, jika kita mahu terus mengembangkan industri ini. “Walaupun insiden berkaitan pelancong seperti ini berlaku di mana-mana, tetapi kita tidak akan berdiam diri dan tanpa melakukan apa-apa tindakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya