Kementerian Sumber Manusia siasat isu buruh kanak-kanak - Utusan Malaysia

Kementerian Sumber Manusia siasat isu buruh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Jun – Kementerian Sumber Manusia telah menjalankan siasatan interim berhubung isu buruh kanak-kanak di Sabah sepertti yang didedahkan melalui laporan khas akhbar Utusan Malaysia, semalam dan hari ini.

Kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, laporan tersebut didapati berasas namun pada masa sama, pihak penyiasat tidak dapat memperoleh maklumat lanjut daripada majikan dalam isu berkaitan.

“Walau bagaimanapun, tindakan selanjutnya akan diambil di mana pihak Jabatan Tenaga Kerja Sabah akan mendapatkan maklumat daripada syarikat di bawah seliaan untuk tindakan susulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, memandangkan penggajian kanak-kanak tersebut melibatkan isu individu tidak berdokumen, isu ini akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Sabah,” katanya.

Semalam, menerusi bahagian pertama Laporan Khas Utusan Malaysia mendedahkan seramai 200,000 buruh kanak-kanak terlibat dalam pelbagai sektor ekonomi di negeri Sabah.

Golongan terbabit turut didakwa berisiko terdedah dengan kemalangan, penyakit, kematian selain menjadi mangsa penderaan seks.

Bahagian akhir laporan tersebut hari ini turut menyatakan kemiskinan serta status kenegaraan menjadi punca utama peningkatan buruh dalam kumpulan usia terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini