SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan dalaman berhubung penularan mengenai terdapat unsur penipuan melibatkan pembayaran dalam urusan pertukaran guru di laman sosial Facebook sejak semalam. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, isu tuduhan tersebut adalah amat berat membabitkan integriti pegawai-pegawai di kementerian tersebut. Katanya, satu laporan polis juga telah dilakukan di sebuah balai polis di Putrajaya semalam oleh kementerian bagi menyiasat perkara tersebut. “Saya mengambil serius isu tersebut dan…










